Isnin, 20 Mei 2013

BELAJAR MEMBACA



PUNCA MASALAH MEMBACA


PUNCA MASALAH MEMBACA

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar ,
 iaitu :
 i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
 iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Faktor Fizikal
            Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).
            Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperoleh kemahiran membaca menjadi sangat sukar.
            Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak.
            Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka.

            Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
            Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.



PROSES MEMBACA
Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah;
1)    mengecam perkataan
2)    memilih makna yang sesuai.
3)    menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
4)    menyusun idea.
5)    membuat generalisasi.
6)    membuat penilaian.


                                                

            Dalam pengajaran bacaan di sekolah, penekanan diberikan kepada bacaan mekanis dan bacaan mentalis. Pada peringkat awal, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis, iaitu guru akan memberikan contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul dengan kuat dan jelas. Proses ini diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat sama ada secara beramai-ramai, berkumpulan ataupun secara individu.
            Murid-murid akan diajar dengan bacaan mentalis setelah mereka menguasai atau berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan dibincangkan atau menjawab soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid. Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti dengan bacaan kuat. Perkara penting yang perlu diketahui oleh guru ialah bacaan mentalis diutamakan bagi murid-murid di sekolah rendah, sementara bacaan mentalis lebih diutamakan pada peringkat sekolah menengah.

DEFINISI DAN TEORI MEMBACA


                                              



Definisi membaca

            Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:143).
Membaca merupakan suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca (Anderson dan Pearson, 1984).

TEORI MEMBACA


A. Teori membaca
Model teori membaca lahir dari perspekif bagaimana makna diangkat dari bacaan. Inti proses membaca adalah seseorang berusaha memahami isi pesan penulis yang tertuang dalam bacaan.
Pemeroleh makna berangkat dari beragam sudut. Dari sudut itulah pandangan para ahli dibezakan. Ada tiga pandangan tentang bagaimana makna diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Tiga model teori itu antara lain:

1. Model Teori Bottom-Up
Memandang bahawa bahasa yang mewadahi teks menentukan pemahaman. Secara fizik, ketika orang melakukan kegiatan membaca, yang dipandang adalah halaman-halaman bacaan yang posisinya di bawah (kecuali membaca sambil tidur). Secara literal, bottom-up bererti dari bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju ke atas (otak/kepala). Secara harfiah, menurut teori ini teks-lah yang menentukan pemahaman.
Inti proses membaca menurut teori ini adalah proses pengekodan kembali simbol tuturan tertulis (Harris & Sipay, 1980). Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, perincian, dan rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lainnya.
Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengkaji lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996)
Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui berbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata frasa, petunjuk gramatikal dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna.
Agar bisa memahami bacaan pada teori ini, pembaca membutuhkan keterampilan yang berhubungan dengan lambang bahasa yang digunakan dalam teks.

2. Model Teori Top-Down
Teori ini dikenal sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan teori ini dikembangkan oleh Goodman (1976). Model ini memandang kegiatan membaca sebagai bagian dari proses pengembangan skema seseorang yakni pembaca secara stimultan (terus-menerus) menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang ia buat sendiri pada saat proses membaca berlangsung.
Pada model ini, informasi grafik hanya digunakan untuk mendukung hipotesis tentang makna. Pembaca tidak banyak lagi membutuhkan informasi grafik dari bacaan karena mereka telah memiliki modal bacaan sendiri untuk mengerti bacaan.
Proses membaca model ini dimulai dengan hipotesis kemudian dikelaskan dengan menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.
Inti dari model teori Top-down adalah pembaca memulai proses pemahaman teks dari paparan yang lebih tinggi. Pembaca memulai tahapan membacanya dengan membaca prediksi-prediksi, hipotesis-hipotesis, dugaan berkenaan dengan apa yang mungkin ada dalam bacaan, bermodalkan pengetahuan tentang isi dan bahasa yang dimilikinya,
Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan strategi yang didasarkan pada penggunaan petunjuk semantik dan sintaksis, ertinya untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapat menggunakan petunjuk tambahan yang berupa kompetensi berbahasa yang ia miliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan peran penting dalam membentuk makna bacaan.
Jadi menurut teori Top-down dapat disimpulkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam memahami bacaan.


3. Model Teori Interaktif
Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca mengambil pendekatan top-down untuk memprediksi makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar dikatakan oleh penulis. Ertinya, kedua model tersebut terjadi secara stimultan pada saat membaca.
Penganut teori ini memandang bahawa kegiatan membaca merupakan suatu interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori itu, dijelaskan bagaimana seorang pembaca menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skemata. Kegiatan membaca adalah proses membuat hubungan yang bererti bagi informasi baru dengan pengetahuan yang dimiliki sebelumnya (skemata).
Menurut pandangan interaktif, membaca di awali dengan formulasi tentang hipotesis tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menguraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam pikiran pembaca.
Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, mencakup dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses membaca berlangsung, terjadi konsentrasi dua arah pada fikiran pembaca dalam waktu yang bersamaan. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif memberi respon dan mengungkapkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

Selasa, 14 Mei 2013

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA


Terdapat tiga pendekatan dalam pendekatan mengajar membaca iaitu :
1. Pendekatan membina
2. Pendekatan cerakitan
3. Pendekatan pengalaman bahasa

1. Pendekatan membina.
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintaksis, iaitu guru mengajar murid membina perkataan dengan memperkenalkan unsur-unsur kecil terlebih dahulu lalu diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar.

2. Pendekatan cerakitan.
Pendekatan ini bertentangan dengan sifat pendekatan membina kerana pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat dan kemudian dicerakinkan menjadi unsur-unsur yang lebih kecil berupa perkataan,sukukata dan huruf. Pendekatan ini dimulakan dengan verita atau ayat untuk menarik minat pelajar.

3. Pendekatan pengalaman bahasa.
Pendekatan ini tertumpu kepada pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada,dimana murid-murid akan mudah memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis jika mereka mempunyai pengalaman sedia ada tentang mesej yang cuba disampaikan oleh guru tersebut.

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Bahan bacaan penting dalam sesuatu proses pembacaan. Hal ini kerana melalui proses pembacaan mampu menjadi bahan perantaraan dalam menghubungkan ilmu. Ilmu dapat diperolehi dalam pelbagai cara seperti pemerhatian,pengamatan,pendengaran,sentuhan dan juga melalui bahan bacaan. Pemilihan bahan bacaan memainkan peranan penting kerana seseorang individu memperolehi maklumat melalui proses membaca, ini lebih memberi impak kepada pembaca yang terdiri daripada peringkat umur seawal 5 atau 6 tahun, hal ini kerana mereka mudah terpengaruh dengan bahan bacaan yang mereka baca. Samada ia memberi motivasi,nilai-nilai murni ataupun sebaliknya.

• Tujuan Pemilihan Bahan Bacaan

1. Garis panduan kepada pembaca
Pemilihan bahan bacaan perlu bagi seseorang kerana melalui proses pembacaan ia memberi impak kepada pembaca. Bahan bacaan yang dibaca kadang kala akan melahirkan sikap yang tidak sesuai melalui peringkat umur tertentu. Ia dapat dilihat berdasarkan bahan bacaan yang bersifat aksi, ini akan memberi kesan kepada pembaca yang berusia antara 6 hingga 12 tahun kerana mereka mungkin akan terikut-ikut dengan aksi yang di perkatakan.

2. Memberi petunjuk kepada pembaca
Tujuan pemilihan bahan bacaan juga mampu memberi petunjuk kepada pembaca kerana ada ketika pembaca memperolehi petunjuk melalui proses pembacaan. Hal ini dapat dilihat pada masa kini terdapat pelbagai buku motivasi yang dijual di kedai-kedai buku, ini boleh memberi petunjuk kepada sesetengah individu untuk mendapat ilmu dan semangat yang baru melalui proses pembacaan mereka.

3. Memberi pengkelasan.
Pemilihan bahan bacaan memberi pengkelasan mengikut genre dan sekali gus ia memberi pengkelasan kepada peringkat umur. Bahan bacaan dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat dan juga mengikut peringkat umur. Melalui pemilihan bahan bacaan ia memudahkan individu mencari bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan genre yang mereka inginkan. Contohnya remaja seawal usia 14 tahun gema membaca novel dan tentunya mereka lebih memilih novel yang berkisar kan percintaan.


• Kepentingan Pemilihan Bahan Bacaan.

1. Membantu perkembangan kanak-kanak

Khairsy Syakirin (2007) dalam penulisanya ada mengatakan bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah negara itu maju. Justeru itu bahan bacaan yang sesuai dan bermutu penting dalam perkembangan minda kanak-kanak. Hal ini kerana pembentukkan minda kanak-kanak dipengaruhi oleh bahan bacaan yang dibaca. Oleh yang demikian ibu bapa haruslah memantau bahan bacaan yang dibeli agar minda kanak-kanak terarah kepada perkara yang tidak menjejaskan perkembangan minda mereka. Ini penting kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi dan melalui bahan bacaan yang bersesuaian dengan minda dan tahap mereka mampu memberi nilai-nilai positif dalam diri mereka.


2. Membina masyarakat berpengetahuan
Membaca merupakan satu amalan yang mulia yang harus diterapkan dalam diri setiap individu kerana melalui membaca membolehkan seseorang memperolehi maklumat tambahan tentang sesuatu perkara. Kehebatan dunia teknologi kini merupakan saingan sengit kepada bahan bacaan kerana sesetengah individu lebih gemar meneroka laman sesawang daripada membaca buku. Namun terdapat sesetengah maklumat tidak akan kita perolehi melalui laman sesawang seperti Al-Quran. Ia merupakan panduan bagi umat islam dalam membentuk jati diri dan panduan hidup. Melalui kitab suci tersebut membolehkan seseorang itu mendapat ilmu bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Justeru itu jelaslah disini bahawa pemilihan bahan bacaan merupakan satu perkara yang penting.