Selasa, 14 Mei 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Bahan bacaan penting dalam sesuatu proses pembacaan. Hal ini kerana melalui proses pembacaan mampu menjadi bahan perantaraan dalam menghubungkan ilmu. Ilmu dapat diperolehi dalam pelbagai cara seperti pemerhatian,pengamatan,pendengaran,sentuhan dan juga melalui bahan bacaan. Pemilihan bahan bacaan memainkan peranan penting kerana seseorang individu memperolehi maklumat melalui proses membaca, ini lebih memberi impak kepada pembaca yang terdiri daripada peringkat umur seawal 5 atau 6 tahun, hal ini kerana mereka mudah terpengaruh dengan bahan bacaan yang mereka baca. Samada ia memberi motivasi,nilai-nilai murni ataupun sebaliknya.

• Tujuan Pemilihan Bahan Bacaan

1. Garis panduan kepada pembaca
Pemilihan bahan bacaan perlu bagi seseorang kerana melalui proses pembacaan ia memberi impak kepada pembaca. Bahan bacaan yang dibaca kadang kala akan melahirkan sikap yang tidak sesuai melalui peringkat umur tertentu. Ia dapat dilihat berdasarkan bahan bacaan yang bersifat aksi, ini akan memberi kesan kepada pembaca yang berusia antara 6 hingga 12 tahun kerana mereka mungkin akan terikut-ikut dengan aksi yang di perkatakan.

2. Memberi petunjuk kepada pembaca
Tujuan pemilihan bahan bacaan juga mampu memberi petunjuk kepada pembaca kerana ada ketika pembaca memperolehi petunjuk melalui proses pembacaan. Hal ini dapat dilihat pada masa kini terdapat pelbagai buku motivasi yang dijual di kedai-kedai buku, ini boleh memberi petunjuk kepada sesetengah individu untuk mendapat ilmu dan semangat yang baru melalui proses pembacaan mereka.

3. Memberi pengkelasan.
Pemilihan bahan bacaan memberi pengkelasan mengikut genre dan sekali gus ia memberi pengkelasan kepada peringkat umur. Bahan bacaan dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat dan juga mengikut peringkat umur. Melalui pemilihan bahan bacaan ia memudahkan individu mencari bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan genre yang mereka inginkan. Contohnya remaja seawal usia 14 tahun gema membaca novel dan tentunya mereka lebih memilih novel yang berkisar kan percintaan.


• Kepentingan Pemilihan Bahan Bacaan.

1. Membantu perkembangan kanak-kanak

Khairsy Syakirin (2007) dalam penulisanya ada mengatakan bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah negara itu maju. Justeru itu bahan bacaan yang sesuai dan bermutu penting dalam perkembangan minda kanak-kanak. Hal ini kerana pembentukkan minda kanak-kanak dipengaruhi oleh bahan bacaan yang dibaca. Oleh yang demikian ibu bapa haruslah memantau bahan bacaan yang dibeli agar minda kanak-kanak terarah kepada perkara yang tidak menjejaskan perkembangan minda mereka. Ini penting kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi dan melalui bahan bacaan yang bersesuaian dengan minda dan tahap mereka mampu memberi nilai-nilai positif dalam diri mereka.


2. Membina masyarakat berpengetahuan
Membaca merupakan satu amalan yang mulia yang harus diterapkan dalam diri setiap individu kerana melalui membaca membolehkan seseorang memperolehi maklumat tambahan tentang sesuatu perkara. Kehebatan dunia teknologi kini merupakan saingan sengit kepada bahan bacaan kerana sesetengah individu lebih gemar meneroka laman sesawang daripada membaca buku. Namun terdapat sesetengah maklumat tidak akan kita perolehi melalui laman sesawang seperti Al-Quran. Ia merupakan panduan bagi umat islam dalam membentuk jati diri dan panduan hidup. Melalui kitab suci tersebut membolehkan seseorang itu mendapat ilmu bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat juga. Justeru itu jelaslah disini bahawa pemilihan bahan bacaan merupakan satu perkara yang penting.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan